Cari Pantun

Pantun Suka Cita 1

Hiu beli belana beli,
Udang di manggung beli pula.
Adik benci kakapun benci,
Orang dikampung benci pula.

Jurangan bernama Sutan Tahrir,
Muat beras bercampur pulut.
Selama adikku lahir,
Telah boleh kawan bergelut.

Jawi hitam tidak bertanduk,
Memakan rumput diatas munggu.
Lihatlah ayam tidak bertanduk,
Demikian hidup anak piatu.

Kulit lembut celupkan samak,
Mari dibuat tapak kasut.
Harta dunia janganlah tamak,
Kalau mati tidak mengikut.

2 comments:

akiiwan November 29, 2013 at 12:51 AM  

Anak menari diiring kendang
Ramai menari sepasang berdua
Sejoli bercinta semalam bergadang
Esok paginya sigadis berbadan dua

akiiwan November 29, 2013 at 1:02 AM  

Tukang bubur naik haji
Hebohlah sanak saudara sedesa
Asyik berpantun lupa mengaji
Jangan begitu malah berdosa

Petani rajin mencangkul disawah
Siang makan lauknya sepat
Bagus berpantun sambil berdakwah
Senang berpantun pahala didapat

:) slm knl

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP